Tuesday, July 19, 2011

Cara Menyedia Daun Belalai Gajah

   Bagi semua pesakit kanser samada peringkat 1 hingga peringkat 4, saya syorkan kamu cuba makan/minum daun Belalai Gajah. Samada anda hendaklah mencari rawatan barat (pembedahan/kimoterapi/radioterapi) terpulanglah kepada anda. Kamu hendaklah buat keputusan sendiri. Orang yang masih menjalankan terapi juga boleh makan daun Belalai Gajah ini. Setahu saya pokok Belalai Gajah ini tiada bahan toksik dan tidak bercanggah dengan rawatan ubat barat. 
   Samada anda hendak cuba herba yang ajaib ini terpulanglah kepada anda. Saya panggil herba ini sebagai "Anugerah Daripada Tuhan" untuk menyelamat manusia dan kesengsaraannya.
   Semoga semua pesakit dapat pulih daripada penyakit kansernya.

 1.  Basuh 100 helai Daun Belalai Gajah.

 

   2.  Cuci dan belah sebiji epal hijau dan buang bijinya.


Sebiji epal hijau (Buang bijinya)
    3.  Perahkan 1/2 buah lemon dan ambil jusnya (pilihan). Masukkan semuanya ke dalam 
            sebuah mesin pengisar (blender).

Perah 1/2 biji untuk mendapat juice (Pilihan)
                    

Mesin blender (Pengisar)
Juicer




















       4.  Tuangkan segelas air ke dalammesin pengisar (blender).


Tuangkan 1/4 hingga 1/2 gelas air ke dalam mesin pengisar


       5.  Mengisar (blend) kandungan dalam mesin pengisar (blender) dan minum terus 
            bersama serabut (fiber), sekali sebelum sarapan pagi dan sekali lagi pada waktu
            malam.

    Segelas minuman daun Belalai Gajah yang telah siap dikisar 

           



    Pokok Belalai Gajah - Sabah Snake Grass - Rawatan Alternatif



          Malaysia mempunyai ikhlim yang panas dan mempunyai jumlah hujan yang tinggi dan sesuai dengan pelbagai tanaman antaranya banyak herba. Satu antara beribu-ribu jenis herba yang boleh didapati di Malaysia ialah Clinacanthus Nutans (Burm. F.) Lindau atau Belalai Gajah yang dipercayai boleh mengubati penyakit kanser jika tidak pun sekurang-kurangnya boleh melegakan kesakitan akibat kanser.  Boleh sembuh 100% atau tidak terpulanglah kepada tuhan. Daripada maklumbalas yang kami terima kami dapati kebanyakan yang makan herba ini mempunyai kesan yang memuaskan. 

            

    Gambar ini menunjukkan En. Tiang Koon Cheong, pengusaha
    Taman Herba Tropika YPL - Pusat Pertanian Pantai

    Rupa Pokok Belalai Gajah yang didapati di Taman Herba
    Tropika Pantai.

    Jangan keliru dengan pokok Hempedu Bumi (Snake Grass)
    yang daunnya hampir serupa tetapi rasanya pahit dengan
    berbunga putih manakala pokok Belalai Gajah rasa tawar
    dan berbunga merah.

    Pokok Belalai Gajah ditanam untuk dipamerkan untuk pelawat mengkaji.

    Ladang yang luas ini yang ditanam dengan Pokok Belalai
    Gajah ini terletaknya di Johor.

    Edit Pages
    Di sini pekerja dilihat mengutip hasil Pokok Belalai Gajah.

    Hasil kutipan pokokBellai Gajah.

    Pokok Belalai Gajah kelihat baru tumbuh selepas dikutip 3
    minggu lepas.

    Inilah rupanya 5 minggu selepas kutipan.

    Daun Belalai Gajah di pisahkan dan di letak dalam bekas plastik.
    Daun Belalai Gajah di asingkan daripada batang pokok.

    Daun kemudian ditimbang dan diletak ke dalam kotak plastik.
    Lebih kurang 500 helai daun dalam sebuah bekas plastik.

    Kemudian diletak dalam peti ais supaya boleh tahan sehingga
    2 minggu.
    Keratan batang yang diasingkan daun disiapkan
    untuk ditanam.

    Tanah yang dicampur dengan kompos (baja organik)
    dan pasir sungai di masukkan ke dalam polibeg.

    Pokok Belalai Gajah yang baru tumbuh pucuknya.

    Pokok Belalai Gajah dalam Polibeg siap untul dijual.

    Pelawat yang datang pada hujung minggu untuk membeli
    daun dan pokok Belalai Gajah.
    Bagi orang yang hendak hantar ke luar negara kami syorkan
    pakai teh uncang daun pokok Belalai Gajah. Kesannya sama
    dengan daun segar.  Seorang wanita yang comel datang untuk
    membeli teh uncang untuk dihantar ke Perth, Australia kerana
    ibunya mengidap kanser peringkat ke4 dan kanser telah
    merebak kepada beberapa organ dalam tubuh. Selepas minum
    teh daun belalai gajah untuk 9 hari sel kanser telah kurang
    separuh. 
    Inilah rupanya Pokok Belalai Gajah yang betul-
    betul tua (sekurang-kurang 6 tahun) yang
    ditanam dalam sebuah rumah kos rendah.

    Saya bergambar bersama seorang pelawat.