Thursday, March 1, 2012

RAWATAN HERBA UNTUK BARAH KANSER


Pada hari ketiga Tahun Baru Cina Sifu Tiang Koon Cheong  dan saya ambil kesempatan untuk melawat En. Low dari Taiping yang telah pulih daripada barah kanser sejak tahun 2009 setelah memakan daun Belalai Gajah. Sejak itu beliau telah tanam Pokok Belalai Gajah dengan agak banyak juga di hadapan rumahnya di Taiping.
Setelah sembuh memakan daun Belalai Gajah, beliau telah tanam banyak Pokok Belalai Gajah di hadapan rumahnya untuk diberi percuma kepada orang yang sakit kanser yang datang ke rumahnya. Kami berada di rumahnya selama 4 berkongsi maklumat berkenaan dengan daun Belalai Gajah. Beliau telah menceritakan sebilangan pesakit yang telah sembuh setelah memakan daun belalai gajah yang diberinya. Kini beliau telah banyak menerima panggilan telefon dari semua lapisan rakyat daripada Malaysia dan luar negara.

En. Low yang telah sembuh daripada Stage 4 kanser berbincang
dengan Sifu Tiang Koon Cheong mengenai pengalamannya
 penggunaan Daun Belalai Gajah.




Tanah yang terbiar di hadapan rumah ditanam dengan pokok
Belalai Gajah.


Tanah di hadapan rumah ditanam dengan pokok Belalai gajah
di Taiping untuk diberi percuma kepada yang datangke rumahnya.
Saya bersama En. Low dari Taiping. 

Keratan akhbar yang menceritakan beliau telah sembuh daripada
barah kanser stage 4 setelah makan daun Belalai Gajah. Lihat
gambar kecil semasa dia mengidap kanser, muka bengkak, dan
satu  mata tidak dapat buka  

Gamabar ini menunjukkan pesakit kanser yang
bertambah baik setelah makan daun Belalai gajah.
Gambar ini di sms daripada handset diknya kepada
 handset saya.

Setelah menukar maklumat kami dapati adalah lebih baik jika
pesakit kanser makan pucuk muda daripada daun sahaja.. Kini
kami mula hendak petik pucuk untuk di makan oleh pesakit
kanser. Dengan cara ini pesakit lebih cepat sembuh.

Pucuk Belalai Gajah.

Sekian lama saya tidak mengemaskini blog saya kerana terlalu sibuk untuk menguruskan ladang di 2-3 tempat. Saya juga perlu menguruskan kiriman Daun Belalai Gajah kepada pesakit yang tinggal jauh dari Seremban. Kami telah memohon sekeping tanah di Pusat Pertanian Pembangunan Komoditi di Sendayan.
Cerita ini akan disambung............