Wednesday, April 18, 2012

Sudah lama saya tak tulis dalam blog saya. Hari ini saya akan ceritakan tentang kawasan-kawasan kami yang ditanam dengan pokok belalai gajah dan juga memaklumkan bahawa mutu daun kami adalah cukup tinggi. Daun kami cukup besar, tebal dan berwarna hijau tua.


Daun belalai gajah kami cukup sihat dan besar.
Lihat warnanya begitu hijau

Pokok belalai gajah kami begitu cantik tidak disembur racun.


Daun belalai gajah yang besar sehingga 15 sm panjang.

Daun belalai gajah - Hijau tua, besar dan tebal - cukup khasiat.

En. Tiang menunjukkan sehelai daun belalai gajah
yang besar kepada pegawai Jabatan Pertanian.

Seorang pekerja sedang mengasingkan daun belalai
gajah daripada batang pokok.

KAWASAN-KAWASAN TANAMAN HERBA KAMI :


  1. Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  2. Di Air Baning - Jelebu
  3. Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.


Taman Herba YPL - Pantai

Taman Herba YPL - Pantai

Taman Herba YPL - Pantai

En. Tiang Koon Cheong sedang memotong hasil - pokok belalai gajah.


En. Tiang bersama beberapa pegawai daripada Jabatan Pertanian.

Pokok belalai gajah yang sihat boleh tumbuh setinggi 6 - 8 kaki  (180 sm - 240 sm)

Sebahagian daripada pokok belalai gajah di Taman Herba YPL di Pantai.

Pokok Bellai Gajah ini telah dikutip hasil sebulan dahulu, kini
sudah tumbuh balik.


Pokok Belalai Gajah di Taman Herba YPL

Selain Taman Herba YPL - Pantai, kami juga ada tanam pokok ini di Air Baning, Jelebu. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian kawasan yang telah ditanam.

Tanaman pokok belalai  gajah di Air Baning, Jelebu.

Tanaman pokok belalai gajah di bawah ditanama di Pusat Pembangunan Komoditi di Sendayan, Jalan 
Seremban Port Dickson. Lihat jaring hitam di atas, ia adalah untuk mengurangkan cahaya matahari.

Tanaman belalai gajah di Pusat Pembangunan Komoditi - Sendayan.
Seorang pekerja sedang mennutip hasil daun belalai gajah
di Pusat Pembangunan Komoditi - Sendayan.

Selain Pokok belalai gajah, kami juga ada tanam pokok misai kucing, pecah beling dan pokok gelenggang.

Pokok misai kucing yang di tanam di Pusat Pembangunan Komoditi -
Sendayan. Kami adalah Model Farm

Pokok Gelenggang yang ditanam di Pusat Pembangunan Komoditi
- Sendayan. Pokok ini biasanya digunakan untuk penyakit kulit dan panau.
Pokok pecah beling juga ditanam di PPK - Sendayan.


Sambung nyawa dewa (Gynura bicolor) juga ditanam di
PPK - Sendayan.
Leonurus cardiaca atau Kacangma atau motherwort
ditanam di PPK - Sendayan.
Pelawat yang datang melawat PPK - Sendayan.




Add caption