Wednesday, July 11, 2012

Minta maaf kerana tidak 'update' ini. Sepanjang hari saya ada di ladang herba dan bila balik selepas mandi makan sudah pukul 8.00 malam. Saya tiada masa untuk menonton TV pun. Selepas jawab email-email saya pun sudah letih dan nak tidur.
Hari ini saya curi sedikit masa untuk tulis sesuatu. Dalam beberapa bulan ini saya ada banyak jumpa pelawat yang datan ke ladang kami untuk mencari daun Belalai Gajah untuk merawati kanser. Saya ada dengar macam-macam cerita daripada pelawat.
Ada yang datang menangis kerana terlewat tahu tentang D. Belalai Gajah. Saya dapati ramai yang makan daun ini banyak membantu pesakit kanser hingga ramai yang dapat pulih 100%. Setiap kali saya dengar berita ini saya rasa seronok kerana dapat membantu lagi seorang manusia. Kebaikan daun ini tidaklah terhingga, sampai setengah doktor oncologist sendiri mengesyorkan pesakitnya cuba cari daun ini.

Puan X mengidap kanser payudara saiz sebiji telur. Selepas
makan daun selama 1 bulan saiz kanser itu telah kecut hingga
saiz telur puyu. Saya fikir dalam 3 bulan ia akan hilang sama
sekali. Tahniah kepada Puan X. Di sedang memberi pengalamannya
kepada pelawat yang baru datang.

Lelaki En. Y ini mempunyai kanser tulang dan telah menjalankan
pembedahan di badan belakang. Selepas makan D. Belalai Gajah,
En. Y semakin pulih.

Wanita ini berumur 82 tahun. Dia tinggal di negeri China. Di
belakangnya ialah menantunya (orang Malaysia) dan anak
perempuannya dibelakang dan Suaminya dihujung sekali.
Selepasa minum teh uncang Belalai Gajah kansernya sudah
hilang. Dia datang semata-mata untuk melawat kami dan beli
 lebih banyak Teh Belalai Gajah untuk dibawa balik ke China.

Teh Daun Belalai Gajah yang saya maksudkan ialah ini. Selain
untuk merawat kanser, ia adalah sangat mujarab untuk sakit
kencing manis dan sakit buah pinggang. Ini adalah packing
baru kami.



Dato' ini ada sakit buah pinggang dan telah menjalankan
dialysis selama beberapa tahun. Apabila pergi dialisis satu
hari, Doktor mengatakan tak dapat menjalankan dialisis sebab
darahnya tidak dapat mengalir. Dia datang ke ladang kami
dan kami syorkan Teh Belalai Gajah. Selepas beberapa hari
minum beliau sekaran boleh menjalankan dialisis. Gambar
menunjukkan tanganya masih ada kain gauze selepas menjalankan
dialisis sebentar tadi.


Beberapa pelanggan sedang membincang dan membeli daun
belalai gajah.

Wanita di sebelah kiri telah mengidap kanser. Semasa dia datang
dia perlu seorang membantunya berjalan. Selepas makan daun dan
minum teh Belalah Gajah, sekarang di sangat cegas dan dapat
berjalan dengan laju. Saya ketwa bila melihat dia berjalan begitu
laju. Dia sengaja berjalan untuk kami. Rupanya dia seorang bomoh,
dan dia membeli teh kami untuk pelanggannya yang sakit kencing
manis dan lain-lain penyakit.
Pekerja sedang memetik daun daripada keratan Pokok Belalai
Gajah untuk di pek dalam kotak.
Daun yang dipetik dan dipilih dimasukkan ke dalam bekas plastik
untuk disimpan dalam peti sejuk supaya simpan lama sedikit.
Bekas plastik yang diisi dengan daun Belalai Gajah disimpan
dalam peti sejuk. Satu bekas ada lebih kurang 400 helai daun.

Wanita ini datang melawat kebun kami. Dia nampak begitu ceria
dan sihat. Dia memberitahu saya bahawa tiga tahun dahulu dia
sangat sakit terutam jantungnya kurang sihat. Selepas diperkenalkan
daun herba Sambung Nyawa (Gynura procumbens), beliau
makan 2 helai daun Sambung Nyawa setiapa pagi sebelum sarapan
dan beliau tidak pernah sakit lagi. Umur beliau 60an.

Inilah daun Sambung Nyawa yang saya maksudkan. ia boleh
didapati di banyak tempat. Nama Saintifik : Gynura procumbens.


Daun ini yang tidak kurang khasiatnya yang sama keluarga
dengan Sambung Nyawa di panggil Sambung Nyawa Dewa
atau nama saintifiknya Gynyra bicolor. Cara makan ialah macam
ulam atau salad. Ia juga boleh goreng dengan telur, buat gulai,
goreng bee hoon atau goreng sahaja. ia sangat sedap dimakan.

CARA MENGHUBUNGI :

1. Email                   :  ssgfarm@gmail.com
2. Tel. Bimbit          :  012-6773693
Jika anda tak dapat menghubungi saya melalui tel. bimbit mungkin tempat saya kurang isyarat atau saya sedang melayani pelanggang. Sila hantar mesej sms kepada saya. Saya akan balas sebaik sahaja saya baca mesej.

Wednesday, April 18, 2012

Sudah lama saya tak tulis dalam blog saya. Hari ini saya akan ceritakan tentang kawasan-kawasan kami yang ditanam dengan pokok belalai gajah dan juga memaklumkan bahawa mutu daun kami adalah cukup tinggi. Daun kami cukup besar, tebal dan berwarna hijau tua.


Daun belalai gajah kami cukup sihat dan besar.
Lihat warnanya begitu hijau

Pokok belalai gajah kami begitu cantik tidak disembur racun.


Daun belalai gajah yang besar sehingga 15 sm panjang.

Daun belalai gajah - Hijau tua, besar dan tebal - cukup khasiat.

En. Tiang menunjukkan sehelai daun belalai gajah
yang besar kepada pegawai Jabatan Pertanian.

Seorang pekerja sedang mengasingkan daun belalai
gajah daripada batang pokok.

KAWASAN-KAWASAN TANAMAN HERBA KAMI :


  1. Taman Herba YPL - Di Pusat Pertanian Pantai, Batu 7, Jalan Jelebu, Seremban.
  2. Di Air Baning - Jelebu
  3. Di Pusat Pembangunan Komoditi Sendayan, Batu 8, Jalan Seremban Port Dickson.


Taman Herba YPL - Pantai

Taman Herba YPL - Pantai

Taman Herba YPL - Pantai

En. Tiang Koon Cheong sedang memotong hasil - pokok belalai gajah.


En. Tiang bersama beberapa pegawai daripada Jabatan Pertanian.

Pokok belalai gajah yang sihat boleh tumbuh setinggi 6 - 8 kaki  (180 sm - 240 sm)

Sebahagian daripada pokok belalai gajah di Taman Herba YPL di Pantai.

Pokok Bellai Gajah ini telah dikutip hasil sebulan dahulu, kini
sudah tumbuh balik.


Pokok Belalai Gajah di Taman Herba YPL

Selain Taman Herba YPL - Pantai, kami juga ada tanam pokok ini di Air Baning, Jelebu. Gambar di bawah menunjukkan sebahagian kawasan yang telah ditanam.

Tanaman pokok belalai  gajah di Air Baning, Jelebu.

Tanaman pokok belalai gajah di bawah ditanama di Pusat Pembangunan Komoditi di Sendayan, Jalan 
Seremban Port Dickson. Lihat jaring hitam di atas, ia adalah untuk mengurangkan cahaya matahari.

Tanaman belalai gajah di Pusat Pembangunan Komoditi - Sendayan.
Seorang pekerja sedang mennutip hasil daun belalai gajah
di Pusat Pembangunan Komoditi - Sendayan.

Selain Pokok belalai gajah, kami juga ada tanam pokok misai kucing, pecah beling dan pokok gelenggang.

Pokok misai kucing yang di tanam di Pusat Pembangunan Komoditi -
Sendayan. Kami adalah Model Farm

Pokok Gelenggang yang ditanam di Pusat Pembangunan Komoditi
- Sendayan. Pokok ini biasanya digunakan untuk penyakit kulit dan panau.
Pokok pecah beling juga ditanam di PPK - Sendayan.


Sambung nyawa dewa (Gynura bicolor) juga ditanam di
PPK - Sendayan.
Leonurus cardiaca atau Kacangma atau motherwort
ditanam di PPK - Sendayan.
Pelawat yang datang melawat PPK - Sendayan.




Add caption





Thursday, March 1, 2012

RAWATAN HERBA UNTUK BARAH KANSER


Pada hari ketiga Tahun Baru Cina Sifu Tiang Koon Cheong  dan saya ambil kesempatan untuk melawat En. Low dari Taiping yang telah pulih daripada barah kanser sejak tahun 2009 setelah memakan daun Belalai Gajah. Sejak itu beliau telah tanam Pokok Belalai Gajah dengan agak banyak juga di hadapan rumahnya di Taiping.
Setelah sembuh memakan daun Belalai Gajah, beliau telah tanam banyak Pokok Belalai Gajah di hadapan rumahnya untuk diberi percuma kepada orang yang sakit kanser yang datang ke rumahnya. Kami berada di rumahnya selama 4 berkongsi maklumat berkenaan dengan daun Belalai Gajah. Beliau telah menceritakan sebilangan pesakit yang telah sembuh setelah memakan daun belalai gajah yang diberinya. Kini beliau telah banyak menerima panggilan telefon dari semua lapisan rakyat daripada Malaysia dan luar negara.

En. Low yang telah sembuh daripada Stage 4 kanser berbincang
dengan Sifu Tiang Koon Cheong mengenai pengalamannya
 penggunaan Daun Belalai Gajah.




Tanah yang terbiar di hadapan rumah ditanam dengan pokok
Belalai Gajah.


Tanah di hadapan rumah ditanam dengan pokok Belalai gajah
di Taiping untuk diberi percuma kepada yang datangke rumahnya.
Saya bersama En. Low dari Taiping. 

Keratan akhbar yang menceritakan beliau telah sembuh daripada
barah kanser stage 4 setelah makan daun Belalai Gajah. Lihat
gambar kecil semasa dia mengidap kanser, muka bengkak, dan
satu  mata tidak dapat buka  

Gamabar ini menunjukkan pesakit kanser yang
bertambah baik setelah makan daun Belalai gajah.
Gambar ini di sms daripada handset diknya kepada
 handset saya.

Setelah menukar maklumat kami dapati adalah lebih baik jika
pesakit kanser makan pucuk muda daripada daun sahaja.. Kini
kami mula hendak petik pucuk untuk di makan oleh pesakit
kanser. Dengan cara ini pesakit lebih cepat sembuh.

Pucuk Belalai Gajah.

Sekian lama saya tidak mengemaskini blog saya kerana terlalu sibuk untuk menguruskan ladang di 2-3 tempat. Saya juga perlu menguruskan kiriman Daun Belalai Gajah kepada pesakit yang tinggal jauh dari Seremban. Kami telah memohon sekeping tanah di Pusat Pertanian Pembangunan Komoditi di Sendayan.
Cerita ini akan disambung............