Monday, August 22, 2011

Pokok Belalai Gajah - Pokok Mulut Buaya - Dandang Gendis


 Sudah beberapa bulan yang lalu, terdapat juga ramai orang yang masih datang ke Taman Herba Tropika YPL di Batu 7, Jalan Jelebu, Pantai, Seremban, N.S.. Mereka datang dari seluruh Malaysia semata-mata untuk mencari herba Belalai Gajah untuk mengubati barah kanser. Sebahagian daripada pelawat ini adalah yang datang semula kerana dapati ia berkesan untuk barah kanser dan terus sambung makan bagi pesakit dan ada juga yang datang pertama kali. 
    Walaupun permintaan daripada orangramai masih ramai kami sedia ada daun Belalai Gajah kerana kami ada supplier yang membekalkan kepada kami. Sekarang kami tidak terhad amaun yang boleh di beli oleh se-seorang kerana bekalan kami mencukupi buat masa sekarang (22-08-2011). Selain daripada daun Belalai Gajah, kami juga ada menjual anak pokoknya dalam polibeg yang berharga RM10.00 se polibeg.


5 keratan batang dalam satu polibeg 
Pandangan Pokok  Belalai Gajah  yand ditanam dalam pasu bunga.
Pokok dalam polibeg untuk dijual RM10.00 sepolibeg.
Ini adalah sebahagian orang yang datang mencari Daun
Belalai Gajah .
Sebahagian pelawat yang datang sedang memerhati pokok-
pokok herba yang berada di Taman Herba Tropika Pantai.
Ini gambar saya bersama sebuah kereta Porshe milik seorang
pelawat yang datang ke Taman Herba Tropika YPL Pantai.
Anak benih pokok Belalai Gajah untuk di jual. Ia hampir nak habis. 
Ini adalah rupa pokok Belalai Gajah yang ditanam dalam pasu bunga. 
Pokok Belalai Gajah bole ditanam dalam polibeg yang besar, dalam pasu atau di dalam tanah. Pokok  ini senang ditanam dan dijaga. Pokok ini suka tanah gembur yang kaya dengan baja asli (kompos - tahi ayam, tahi kambing dsb.nya.) Ia perlu di siram sekurang-kurang nya sekali sehari pada mulanya. Ia hendaklah ditanam di tempat yang teduh (kurang cahaya matahari).

Pokok ini dinamakan Jarum Tujuh Bilah - Pereskia bleo -  Rose Cactus - δΈƒζ˜Ÿι’ˆ - Qi Xing Zhen
Ini adalah bunga daripada pokok Jarum Tujuh Bilah.  Terdapat
pokok yang berwarna jimgga dan ada satu lagi berwarna ungu.
     Bagi pesakit yang telah makan daun Belalai Gajah dan masih tidak dapat kesan yang baik, mungkin mereka makan sekali sahaja dalam sehari. Saya menggalakkan makan dua kali sehari. Saya dapati respon daripada orang yang makan dua kali sehari adalah lebih baik daripada orang yang makan sekali sahaja, walaupun mereka makan banyak ; sehingga 150 helai daun sehari. 
     Saya menggalakkan memakan 50 helai daun sekali kerana ia pun mencukupi. Jangan membazir kerana di seluruh Malaysia kekurangan daun SSG (Sabah Snake Grass) ini. 
     Di atas terdapat gambar pokok Jarum Tujuh Bilah. Kami pernah dapat berita yang ramai telah pulih kerana tambah 2 helai daun Jarum Tujuh Bilah ke dalam mesin blender bersama 50 daun belalai gajah, sebiji epal hijau dan jus daripada 1/2 biji lemon (pilihan).
    Semoga semua pesakit dapat pulih. Sekian, terima kasih. 


TARIKH :  09/OKTOBER/2011

1 comment:

  1. en khoo, bagaimana boleh saya dapatkan daun belalai gajah ni? email saya kojiwami@yahoo.com

    ReplyDelete